Thursday, May 04, 2006

From Berita Harian, 4 May

Filem Lelaki Komunis Terakhir untuk rakyat Malaysia?
Oleh Akmal Abdullah


Berita Harian. 4 May.

SEMINGGU selepas parti bangsa Melayu terbesar dunia, Umno menyambut ulang tahunnya ke-60 pada 11 Mei ini, masyarakat di negara ini pula akan meraikan satu filem dokumentari mengenang perjuangan Parti Komunis Malaysia (PKM) yang diharamkan serta mengenali lebih dekat pemimpin utama kumpulan pengganas itu, Chin Peng.

Ada satu ironi dan sinikal apabila dua parti itu ‘dirai dalam bulan sama’ mengikut cara berbeza. Dua parti yang bertentangan ideologi. Umno sebagai tonggak parti sah yang menerajui kerajaan sebagai ketuanan politik di Malaysia diraikan atas kesedaran meneruskan survival bangsa era ini dan masa depan, manakala PKM sebagai parti yang diharamkan kerana gerakan subversif untuk merosakkan ketenteraman negara serta kefahamannya menolak kewujudan Tuhan. Perjuangan PKM sejak 1930 hingga 1989 nyata sia-sia.

Kelahiran filem berjudul Lelaki Komunis Terakhir yang mendapat bantahan pemimpin dan veteran politik negara, tokoh sejarah dan ahli Parlimen itu bagaimanapun diberi kelulusan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) dan bakal ditayangkan di Malaysia pada 18 Mei ini di pawagam terkemuka di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, iaitu kawasan majoriti penduduk Cina serta satu tayangan amal di Ipoh pada 19 Mei ini.

Filem adalah filem. Filem juga alat hiburan. Namun, dalam erti kata lebih besar, filem ialah rakaman kehidupan, sejarah dan budaya masyarakat. Paling besar, filem adalah alat propaganda individu, kumpulan, bangsa, komuniti, negara mahupun kerajaan. Maknanya, dalam konteks ini, filem dokumentari Lelaki Komunis Terakhir yang dihasilkan pengarah generasi baru, Amir Muhammad mempunyai signifikan dalam konteks rakaman kehidupan, sejarah dan propaganda. Seseorang individu itu akan dikenang dengan pelbagai cara untuk membuktikan kewujudannya masih relevan menerusi falsafah perjuangan, ideologi, keganasan dan agenda politik.

Adalah tidak adil kita terus menghukum filem Amir itu tanpa menontonnya terlebih dulu apatah lagi LPF sudah meluluskannya. Kita sedar, apabila LPF sudah beri kelulusan, barangkali cerita filem itu tidak memberi kesan kepada keselamatan negara. Namun, filem dalam bentuk dokumentari itu juga kita akui tidak akan dapat lari daripada satu tribute untuk pemimpin komunis, satu pergerakan atas nama PKM untuk mengajak rakyat di negara ini mengenang semula susur galur Chin Peng yang menjadi teraju utama pemberontakan bersenjata komunis di Tanah Melayu sejak Jun 1948 untuk mengambil alih kuasa pemerintahan di bumi tercinta ini.

Chin Peng atau nama besarnya Ong Boon Hu, anak Sitiawan, Perak sudah menjadi ahli PKM sejak berusia 18 tahun dan dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM dalam usia 26 tahun selepas Lai Teck melarikan diri. Di bawah pimpinan Ching Peng, ramai anak watan derita dan nestapa, darah menjadi mainan anggota PKM dan beribu-ribu nyawa melayang. Akibatnya, Chin Peng sehingga ini dilarang masuk ke Malaysia.

Catatan sejarah membuktikan, kekejaman PKM menyebabkan kematian 2,461 penduduk awam dan 1,851 anggota keselamatan maut, selain 1,383 penduduk cedera serta 807 orang hilang! Kita berharap Lelaki Komunis Terakhir tidak lagi mengembalikan kenangan dan mencipta glamor terhadap Chin Peng yang mengetuai pemberontakan dan serangan ke atas balai polis, lombong bijih timah, ladang getah dan penduduk kampung. Tragedi Bukit Kepong yang difilemkan Jins Shamsuddin menjadi mimpi ngeri kita betapa pergerakan kejam komunis sanggup membunuh polis yang menjaga keselamatan negara, lalu kanak-kanak kecil menjadi yatim dan isteri menjadi janda. Kehidupan masa itu menjadi ‘neraka’ kerana komunis sanggup membunuh nyawa orang kampung semata-mata mahu mendapatkan beras dan gula.

Diharap, filem Amir itu tidak memuliakan kekejaman Ching Peng dan anak buahnya untuk mencapai cita-cita mewujudkan Republik Komunis Malaya. Walaupun kita tahu PKM sudah diharamkan dan gencatan senjata sudah dibuat, tetapi ideologinya tidak pernah mati, bila-bila masa ia boleh dihidup dan disegarkan semula. Namun, kita yakin, Lelaki Komunis Terakhir tidak mungkin cenderung ke arah itu kerana ia sudah diluluskan LPF. Namun, kena ingat atas nama filem juga, propaganda boleh digunakan dengan teknik persembahan secara halus jika ada unsur mengangkat biografi dan kronologi kehidupan Chin Peng diwujudkan meskipun tanpa babak perang atau aksi ganas dalam hutan. Kita harap selepas ini, Amir dan pengarah Melayu generasi baru lain lebih prihatin kepada perjuangan tokoh nasionalis bangsanya sendiri seperti Ibrahim Tok Janggut, Tun Perak, Datuk Maharaja Lela, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Gajah, Dol Said, Mat Salleh, Tok Naning, Rosli Dobi, Temenggung Jugah, Abdul Rahman Embong, Tengku Kudin, Long Jaafar, Datuk Sagor, Sultan Abdullah (Perak) dan Sultan Abu Bakar (Bapa Johor Moden) mahupun Datuk Onn. Mungkin, Amir tidak kenal mereka ini.

Kata orang, luka lama berdarah kembali, mimpi negeri zaman datuk nenek mula menghantui kita...

10 Comments:

Blogger Amir Muhammad said...

Will be translated later. Currently in LA airport en route to Toronto. Internet terminal US$5 for 20 min. Damn capitalists!

6:14 pm  
Anonymous Anonymous said...

hhaahhaa

11:04 pm  
Anonymous Anonymous said...

"Filem Man Laksa sedang ditayangkan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, iaitu kawasan majoriti penduduk Cina. Sungguh tidak patut, sedangkan ia adalah sebuah filem Melayu, mengisahkan kehidupan di kampung Melayu, tidak patut ditayangkan di kawasan majoriti penduduk Cina" (kAmal Abdullah, Berita Hairan)

"Saw Teong Hin membikin filem Puteri Gunung Ledang mengisahkan tentang Sultan Melaka, Tun Teja dan Hang Tuah. Kita harap selepas ini, Saw dan pengarah Cina generasi baru lain lebih prihatin kepada kisah bangsanya sendiri, contohnya Hang Li Po, Yap Ah Loy dan lain-lain. Mungkin, dia tidak kenal mereka ini" (Wartawan Perkauman)

5:18 pm  
Anonymous Anonymous said...

i thought horror/comedy movies are sure box office hit in malaysia?

10:53 pm  
Blogger Supreme Biatch!! said...

Didn't you know Akmal Whatshisname fell on his head when young?

When will the powers that be grow up and crawl out of that narrow tunnel and see the light?

1:02 pm  
Anonymous Anonymous said...

Akmal purposely drop on his head when young because he need attention he couldnt get from his parents.

Now he did it again by using the moralis newspaper. Those ppl is still crawling out from Akmal a**hole. Whose sperm is that inside is a**?

11:23 am  
Anonymous Anonymous said...

Kebanyakan warga kita terutama yang muda-muda ni, fikiran terbuka tetapi mata tertutup,buta sejarah atas nama celik kebebasan.

Itulah masalahnnya. Tidur lewat malam kerana hiburan, bangun lewat pagi kerana perut kekenyangan. Bila bercakap semuanya atas nama kebebesan dan fikiran terbuka.

Sebab? semua nak semua ADA. Hati jadi keras membatu dan jiwa jadi keras membesi walaupun belajar tinggi-tinggi,diri bukan insan sejati tetapi sekadar ada degree.

Itu bezanya dengan orang lama,yang mengambil ukuran dan pandangan dari semua sudut. Melihat dengan mata hati bukan dengan 100% logik akal.

musa

10:09 am  
Blogger Unknown said...

Any chance of getting this translated?

Han

10:54 am  
Anonymous Anonymous said...

Meaning, may I suppose majority of our member society are always and only look things from their logic thinking. They are not in any way analising isues from various kind of perpectives. During interview in the border are of South Thailand some statements made by former terrorist consider too much when they strongly claimed as freedom fighter.

There sure be some, and at least this is one of the special reasons as to why LKT is being banned!!

LKT I believed ( as I personally knew it) has acted in a manner prejudicial to the security of the country, but yet, it made not for all to understand well, what more those who dont really study the other side of the coin as Mr. Amir believed try to promote. In my opinion, it is some what politically motivated .

The decision by Malaysian goverment is wisely done, I believe and I beg you sir, I'am not wrong. Good day


Musa
get me at: jujurdanlurus@yahoo.com
my

6:17 pm  
Anonymous Anonymous said...

Ok. The name is the same. But this Akmal Abdullah is a moron. History is history. Period. What is wrong with acting back history? Nothing is wrong!

No wonder Malay movies can only go up to the extent of "I Know What You Did Last Raya" and "Sembilu III" because intellectual and educated movies like yours, Amir, are being ridiculed and banned.

But 'those people' like Akmal Abdullah, prefer the Malay people to watch really "non-quality-at-all-plus-slapstick-joke" kind of movies to be spread out, like the ones produced by Prof Madya 'dont-care-what-his-name-is'. (I wonder how he got the Prof Madya anyway). Doesnt he watch his movies?

And those kind of movies are far more humiliating to the Malay race. Shame on you, Akmal Abdullah!

1:35 pm  

Post a Comment

<< Home