From Berita Harian, 5 May
PFM, PPFM anggap ‘filem komunis’ tidak wajar
Mereka terkejut filem Lelaki Komunis Terakhir mendapat lampu hijau Lembaga Penapisan Filem Malaysia
Berita Harian. 5 May
PERSATUAN Pengeluar Filem Malaysia (PFM) dan Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PPFM) mengaku tidak tahu menahu mengenai penerbitan filem dokumentari Lelaki Komunis Terakhir sama ada di peringkat awal hingga posproduksinya kerana tenaga kerja serta penerbitnya bukan ahli mereka.
Dua persatuan perfileman yang berpengaruh itu juga menyifatkan penerbitan filem itu tidak wajar dalam konteks Malaysia yang berdaulat pada masa kini dan akan datang, selain Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) juga tidak sepatutnya meluluskan filem itu untuk tatapan rakyat.
Presiden Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM), Ruhani Abdul Rahman, berkata beliau hanya tahun filem Lelaki Komunis Terakhir muncul apabila ia mula menjadi sebutan beberapa penggiat filem dan kemudian mengetahuinya menerusi media massa apabila bakal ditayangkan bermula 18 Mei ini.
Kata Ruhani, secara peribadi dia sendiri terkejut apabila dokumentari mengenai Chin Peng dihasilkan dan dalam diam-diam sudah hendak ditayangkan kepada umum.
“Penerbit filem dokumentari ini bukan ahli PFM. Kami tidak tahu menahu dan tidak pernah terbabit dalam memberi kerjasama. Saya juga terkejut apabila LPF sendiri boleh beri kelulusan terhadap filem ini. Bila masanya Amir mengarah filem ini? Kita pun tidak tahu siapa pembiaya dan penerbitnya?
“Apa yang kita kesalkan, kalau untuk bercakap mengenai perjuangan sejarah, tidak adakah cerita yang dapat mengangkat martabat perjuangan tokoh nasionalis bangsa dan negara kita, daripada mengambil cerita mengenai komunis dan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) yang terbukti dulu banyak memberi kesan sengsara terhadap rakyat.
“Tidak adakah wira Melayu yang boleh Amir angkat menerusi filem dokumentari. Kita belum ada filem dokumentari mengenai tokoh kita seperti Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman malah tokoh radikal seperti Ibrahim Yaacob atau Dr Burhanuddin Al-Helmy? Kenapa pilih Chin Peng?
“Memang kita tidak lagi menonton cerita Lelaki Komunis Terakhir, tetapi soalnya kenapa subjek itu dipilih? Ini mengundang sensitiviti masyarakat. Ia akan menjadikan rakyat mungkin marah dan tidak suka. Inilah masalah pembikin filem generasi baru yang lebih berkiblat cara filem Barat. Di Amerika, pembunuh diberi kemasyhuran dengan menerbit filem mereka untuk mempromosikan kejahatan mereka itu menerusi teknik cerita yang berselindung bahawa pembunuh itu orang baik. Inikah yang hendak diikut?” kata Ruhani.
Presiden PPFM, Syed Mohamed Hassan turut menafikan ada ahli PPFM menjadi krew untuk filem dokumentari berkenaan kerana pihaknya sendiri tidak tahu mengenai perjalanan produksi dan penggambarannya.
“Kami di PPFM berasakan filem sebegini tidak wajar dibuat apatah lagi ditayangkan untuk umum di pawagam. LPF harus memikirkan soal sensitiviti masyarakat sebab komunis atau PKM menjadi musuh negara. Walaupun persembahannya tidak ada babak perang atau tidak muncul Chin Peng secara fizikal, tetapi semangat, personaliti dan jiwa komunis Chin Peng tentu ditunjukkan secara psikologi.
“LPF kena berani. LPF memang perlu bersikap terbuka tetapi biarlah lebih sensitif. Sensitiviti masyarakat kena ambil kira kerana gerakan komunis memberi penderitaan kepada rakyat di negara ini sama ada sebelum dan selepas Malaysia merdeka.
“Kita dalam dunia filem tahu, filem sebegitu akan dipaparkan dengan babak yang bermain secara psikologi dengan visual dan garapan tersirat. Ini boleh merosakkan pemikiran generasi muda. PPFM tidak bersetuju Lelaki Komunis Terakhir ditayang secara umum.
“Kenapa sebelum filem ini diberi kelulusan LPF, biarlah ia ditayangkan dulu di Parlimen, biar Parlimen putuskan layak atau tidak untuk ditayangkan kepada rakyat Malaysia. Ini filem yang sensitif kerana berkaitan Chin Peng.
“Krew filem ini bukan ahli PPFM. Saya sendiri tidak tahu siapa krew yang bekerja dengan produksi ini dan siapa menjadi pembiaya filem ini. PPFM juga berasakan rakyat Malaysia tidak wajar dihidangkan filem mengenai Chin Peng. Kita kena ada semangat cintakan bangsa dan negara kerana perjuangan tokoh nasionalis dulu membolehkan generasi sekarang hidup sejahtera di negara ini.
“Sebenarnya, apa pun alasan diberi, soalnya apa sangat cerita yang mahu menunjukkan kisah komunis dan mahu menghargai mereka yang menjadi komunis? Kalau kita biarkan negara ini bebas tanpa had kepada sesiapa saja, bermakna kita tidak percaya dengan tokoh nasionalis kita dulu. Kita kena melindungi perkara ini daripada digembar-gemburkan untuk generasi akan datang,” kata Syed Mohamed.

18 Comments:
This daily assault by one newspaper (Berita Harian) is, of course, the same tactic used by the same paper on SEPET a few short months ago. The basic contention, as you can see in the bold phrases in this article and the previous one, is still the same: How dare you portray non-Malays!
(Other than that, greetings from Toronto!)
I wish I know EXACTLY what the documentary is about. Only then I'll make up mind.
But somehow I think whatever LKT actually is, that paper will most certainly find it wrong, mencemar budaya etcetera etcetera.
“Kita dalam dunia filem tahu, filem sebegitu akan dipaparkan dengan babak yang bermain secara psikologi dengan visual dan garapan tersirat."
adakah para pembikin filem LKT segenius yang dikatakan di atas? mwahaha
Latest news: The Home Affairs Ministry has instructed us not to show the documentary in Malaysia. Will let you know more when I find out.
[b]
ALHAMDULLILAH... Syukur kepada Allah S.W.T.. pihak berwajib KKDN disedarkan sehingga mengharam tayang LKT@LAKHANAT di Tanahair Malaysia tercinta.. itu memang pengiktirafan sewajarnya namun masih belum mencukupi untuk penganas jahanam pembunuh Allahyarham Datuk ku!!
Terima kasih Amir.. kau membuatkan luka lama berdarah kembali!
[/b]
aku nak cakap kat diorang ni satu benda je...
"Bukak sikit kepala otak yang beku tu bole tak?? Ko nak sangat cerita pasal hero-hero lama tu, ko buatlah. Pernah dengar cerita Pasir Salak arahan Jins Samsudin? Apa jadi? You people make me sick."
just when the current generation about to know and understand the real history is not as what they learn in school, we were forced to miss the boat.
hell, when will all these stops?
Amir have to do this film, you know why?
Because he has the real guts to face and overcome all narrow-minded zealots in the industry. Who put these mofors in the PFFM in the first place?
And for that gutless Anonymous who critisize Amir for 'opening old wounds',
I'm sure you wanne 'saman' ghosts such as the Portugese, Majapahit, Bugis, Japanese and the forest hog who had 'sondol' his great-great-great-great-grandfathers!
Keep up opening the minds, Amirs!
hek eleh..org yang xtau sejarah sebenar mmg akan bagi kritikan yang bodoh!kesian dia..dah laa luka lama berdarah!pastu tertipu plak dgn fakta sejarah yang diberikan oleh gomen,terimalah bulat2 semoga anda akan terus ditipu!!SEJARAH DITULIS OLEH ORANG YANG MENANG A.K.A UMNO,MIC,MCA N BLA-BLA!
Hi Mr Amir,
keep up the good work... though now i have no chance of watching this controversial documentary ... too poor due to rising oil prices and other rises (too many to name) to fly to foreign film festivals..
Presiden Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM), Ruhani Abdul Rahman, berkata beliau hanya tahu filem Lelaki Komunis Terakhir muncul apabila ia mula menjadi sebutan beberapa penggiat filem dan kemudian mengetahuinya menerusi media massa apabila bakal ditayangkan bermula 18 Mei ini.
i'm laughing like mad. She doesnt even know that the film she produce (Pesona Non Grata) is a direct plagiarism from a Thailand film!
Ia betul, terdapat banyak tokoh-tokoh Melayu di Malaysia. Tapi soallannya - Kalau terdapat tokoh tokoh berbangsa Melayu yang lagi hebat seperti yang diperkatakan, kenapa belum ada filem besar (yang ditayangkan and dihormati di luar negara) yang menceritakan kisah mereka?
BERITA HARIAN MASUKLAH NERAKA! DAN BAKARLAH DALAM NERAKA!
Musa.
Saudara AMIR,
Maaf cakaplah!!, kebanyakan warga kita seperti AMIR dan sesetengah yang lain, terutama yang muda-muda ni, fikiran mereka kononnya terbuka, tetapi mata sebenarnya tertutup. Buta sejarah atas nama celik kebebasan.
Itulah masalahnnya. Tidur lewat malam kerana hiburan, bangun lewat pagi kerana perut kekenyangan. Bila bercakap semuanya atas nama kebebasan dan fikiran terbuka.
Sebab? semua nak semua ADA. Hati jadi keras membatu dan jiwa jadi keras membesi walaupun belajar tinggi-tinggi gagal jadi insan sejati tetapi sekadar ada degree. Ching Peng pun nak diberi publisiti.
Itu bezanya dengan orang lama,yang mengambil ukuran dan pandangan dari semua sudut. Melihat dengan mata hati bukan dengan logik akal semata-mata.
Mengenai filem Lelaki Komunis Terakhir ni,saya dapat juga berita mengenai kandungan filem itu. Apa pasal yang dok tonjol bekas-bekas komunis ni?, kenapa kata-kata mereka bahawa mereka bukan pengganas tetapi pejuang kebebasan disebut, diiklan dan dipromokan? APAHAL Amir?? katanya memang banyak yang "pelik" dalam filem (sampah) ini dan ianya lebih mempromosikan perjuangan Ching Peng?.
Sekali lagi nak tanya apa hal ni, Ada apa-apa ke?
Musa
Email: jujurdanlurus@yahoo.com
A masterpiece banned. A masterpiece which reflects the brilliance of local film production. Banned. By who ? So-called "film experts". Since the movie is deemed morally wrong, then ban also XXRAY and the likes cos they menyebabkan orang ramai berkhayal dalam alam fantasi. But why is it there are so many Samarindas shown on TV ? Shows depicting brats, glorifying the rich, keeping mistress as if it's a must if you are rich and powerful, gossiping datins...
If these soaps contain morals behind it, Amir's Lelaki Komunis Terakhir is the encyclopaedia of M'sian movies. Amir, better go to overseas if you wanna grow in the movie industry. Unless you wanna do stupid soaps like Samarinda. Malaysia's authorities do not appreciate you or look after your interest...shouldnt you be looking somewhere else where your work can be appreciated ?
Being a Malaysian working and residing in Singapore, i only just came across this issue- this a film that we as Malaysians should be happy to proud of instead of banning it. Banning the movie will just make the Censorship Board a laughing stock on the world stage - just as the Malaysian government has done through other recent incidents such as the Black metal saga. I say screen it everywhere else, being Malaysians, those who want to watch it will find a way to do so. Dont let them get you down!
I wait for the day when certain people realize that being Malaysian does not equate to being Malay.
London Asian Escorts is an Asian and Oriental escort agency operating inLondon, United Kingdom. The agency provides escort service for males, females and couples. All models are carefully selected and genuine.
London escorts directory London Crumpet is created to expose Independent escorts and escort agencies in London. Everybody can post their advert on this directory for FREE.
Post a Comment
<< Home