Tuesday, May 30, 2006

Ironi filem Lelaki Komunis Terakhir

Oleh Ahmad Fitri Che Musa

Harian Metro. 30 Mei


IRONI, pada saat kita mahu membebaskan minda mentaliti kelas ketiga, ada pihak yang masih bersuara konservatif yang tidak dapat menerima realiti sejarah. Tidak dapat menerima hakikat bahawa semua peristiwa pahit dan kesengsaraan itu berlaku untuk kita belajar dan mengambil iktibar.

Sudah tiba masanya masyarakat berfikiran matang dan bijak serta tidak menjadikan hampir semua isu remeh sebagai sensitif.

Komunis. Sebilangan kita tidak memahami sejarah yang tepat mengenai kumpulan haluan kiri itu. Perkataan ‘komunis’ sahaja cukup membuatkan hati kita gusar.

Malangnya, kita hanya kenal sejarah kumpulan bintang tiga itu ketika belajar subjek sejarah di sekolah. Itupun secara ringkas. Ataupun kita kenal kekejaman komunis daripada cerita nenek moyang. Atau mungkin melalui filem Bukit Kepong?

Namun, apabila dijolok, kita cepat melenting. Tidak hairanlah apabila filem dokumentari, Lelaki Komunis Terakhir (LKT) arahan Amir Muhammad diharamkan 5 Mei lalu hanya kerana tajuknya dan desas-desus serta komen yang mendakwa ia mengagungkan perjuangan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

LKT adalah dokumentari separa muzikal yang menjejaki bandar kelahiran dan tempat yang pernah didiami Chin Peng. Dokumentari itu memaparkan temuramah dengan individu yang kini tinggal di bandar di Sitiawan, Bidor, Taiping, Ipoh dan Betong, Thailand. Tiada temuramah bersama Chin Peng.

Pelik apabila pengharaman dibuat selepas beberapa individu yang mempunyai agenda ‘ultra-conservative’ tertentu mengkritik kewajaran filem itu sehingga ia boleh menenggelamkan suara dan pemikiran yang adil dan rasional.

Ironi juga apabila filem dokumentari Lelaki Komunis Terakhir diharamkan padahal buku biografi Chin Peng iaitu Alias Chin Peng - My Side of History dihalalkan penjualannya dan mencatat jualan tinggi di pasaran.

Bukan itu saja, buku mengenai Chin Peng yang lain seperti Dialogues with Chin Peng: New Light on the Malayan Communist Party juga dijual secara terbuka di kedai buku utama negara.

Kedua-dua buku itu secara terang-terangan mengagungkan Chin Peng dan penuh dengan biografi, temuramah, pengakuan serta gambar Chin Peng.

Jika ia boleh membawa kesan negatif, bayangkan sejauh mana ia mendatangkan kesan buruk kepada lebih kurang 50,000 pembaca Malaysia sama ada yang membaca versi bahasa Inggeris atau Cina.

Selain itu, pendirian tidak konsisten Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim juga menambahkan kekeliruan masyarakat mengenai filem dokumentari LKT itu.

Sebelum menonton LKT, Rais pernah berkata, “Untuk berlaku adil kepada industri, kita hanya boleh membuat komen jika kita telah menonton filem itu. Inilah keadilan.

“Peraturan keadilan menyatakan bahawa jika anda tidak menonton filem itu, bagaimana anda boleh mengatakan filem itu anti-keselamatan, anti-komuniti...tetapi saya bersetuju tajuk itu mengerikan bagi komuniti Malaysia.”

Malah selepas menonton filem itu bersama anggota Parlimen lain di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada 21 Mei lalu, beliau berpendapat filem LKT tidak membawa satu kisah penting sehingga perlu timbul kontroversi.

Menurutnya, fakta di dalam filem itu boleh diperoleh daripada buku mengenai Chin Peng yang terdapat di pasaran tempatan

Rais berkata “Tidak ada fakta baru kecuali kandungan filem atau wawancara yang membawa gambaran kurang jelas atau kurang muktamad bagi satu-satu pihak tapi itu biasa.”

Walau bagaimanapun, selepas ditanya sekali lagi oleh pemberita empat hari kemudian, beliau memberikan ulasan berlainan dengan kenyataannya terdahulu.

Beliau berkata, “Filem LKT mengagungkan Chin Peng dan kita tidak sepatutnya agungkan dia. Dalam hal ini, Datuk Seri Mohd Radzi Syeikh Ahmad membuat keputusan betul dengan tidak membenarkan filem dokumentari itu ditayangkan.”

Adalah menghairankan apabila Rais memberi pandangan bertentangan dengan kenyataan sendiri.

Lain pula dengan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Mohd Radzi Syeikh Ahmad yang pada awalnya mengharamkan penayangan terbabit dengan alasan ‘orang awam’ sudah membantah.

Apabila ditanya pemberita selepas menonton filem LKT, beliau berkata akan membawa isu filem berkenaan ke Majlis Tertinggi (MT) Umno untuk mendapatkan pandangan.

“Saya akan membawa (isu filem itu) ke MT untuk dapat nasihat, mungkin kita tayang pada MT. Filem ini banyak membabitkan Umno,” katanya.

Beliau berkata, penahanan filem itu daripada ditayangkan 18 Mei lalu adalah kerana masa tayangannya tidak sesuai iaitu hampir dengan sambutan ulang tahun Umno yang ke-60 pada 11 Mei lalu di Johor Bahru.

“Sentimen ahli Umno pada masa itu tidak sesuai. Pasal itu saya tahan (penayangan filem itu) walaupun (filem itu) diberi kelulusan (oleh Lembaga Penapisan Filem) untuk ditayangkan,” katanya.

Menurut Radzi lagi, judul filem berkenaan tidak sesuai memandangkan ia bukan menceritakan mengenai Chin Peng.

Sememangnya Radzi selaku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mempunyai kuasa mengharamkan LKT mengikut Seksyen 26 Akta Penapisan Filem 2002 sekiranya ia membabitkan soal keselamatan dalam negeri tetapi adakah MT Umno forum yang sesuai untuk membincangkan filem itu?

Sebelum ini juga, LPF sudah meluluskan tayangan filem LKT tanpa suntingan dan diberi klasifikasi ‘U’ tetapi kelulusan tayangannya ditarik balik oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Persoalannya, adakah LPF gagal dan tidak berkemampuan melihat apa yang ditafsir dan dinilai oleh Radzi selaku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sehingga ia diharamkan walaupun tayangan filem itu sudah diluluskan LPF?

Barangkali apa yang diutarakan tokoh sejarah negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim berasas apabila beliau berkata, “Sebelum meluluskan, biarlah pihak yang arif menontonnya terlebih dulu. Dalam hal ini LPF tentu tidak benar-benar faham jika kita minta mereka menjelaskan apa itu komunisme dan faham apa sejarah darurat.”

Bagaimanapun, Pengerusi LPF, Mohd Hussain Shafie berkata walaupun dokumentari terbabit mengisahkan bekas seorang pemimpin parti yang diharamkan, filem itu tidak akan menyebabkan apa-apa kesan negatif kepada rakyat Malaysia.

“Apabila sesuatu filem cuba menyebarkan ideologi (komunisme), kita tidak akan benarkan,” katanya.

“Peranan utama kami di sini mengesan hal-hal yang boleh mengancam keselamatan negara. Tetapi daripada penilaian kami, filem (LKT) ini tidak lebih sebuah dokumentari mengenai hal-hal sejarah yang orang ramai boleh baca dalam buku sejarah atau di tempat lain,” katanya.

Bagi Amir, filemnya itu tidak lebih daripada dokumentasi untuk mengenal sesebuah masyarakat kerana adalah lebih baik dengan mengkaji minoriti kerana golongan minoriti ini mendapat kesan secara langsung daripada pihak berkuasa.

Selepas kontroversi ini, Amir, anda mungkin mahu menukar tajuk filem dokumentari LKT kepada Pengkhianat Negara atau Petualang Negara.

Tetapi agak pelik apabila tiada orang yang bergendang dan mencanang kontroversi apabila filem terbaru Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita menggunakan nama dan gambar jeneral Jepun yang pernah menyebabkan satu Malaya sengsara ketika zaman penjajahan Jepun. Kelakar bukan? Sensitif atau kurang peka? Anda tentukan.

10 Comments:

Anonymous Anonymous said...

keep it up, amir! don't give up on us Malaysians!!!

9:14 pm  
Anonymous Anonymous said...

Just heard that there will be a screening this Wed, 31 May, 8pm at Finas for SENATORS. This is the idea of Jins Shamsuddin (who dislikes the movie). The Home Minister will give special permission for it.

9:17 pm  
Anonymous Anonymous said...

aha,

Sang Wartawan buang masa...mana berita rakyat berpikat secara aman diKLCC untuk menghidupkan Article 5 Perlembagan kita tapi hmmm.anuszubillah dibelasah macam bukan manusia.
Diman berita front page kejadian pagi Ahad?

Bukan ke semua pihak juga merasai kenaikkan tarrif dan lain-lain lagi kenaikan?

Kajilah what is a reasonable force?

Film kita bukan sumber utama pendapatan negara tetapi ianya amat berkesan mendidik minda kita.
Sebelum kita mendidik elok rasa kita dididik?

Elok rasanya kita berfikir sejenak hikmah Ibnu Farabi

'bila insan tidak dapat bersuara secara mutlak maka awasi kesangsarran dinegara tersebut'.

Ingat 'The March of Paris 1774',

lauangan rakyat Pranchis ".....Bread,bread,bread"

10:47 am  
Blogger wénkt said...

http://syazwan.blogspot.com/2006/05/strongest-protest-against-lelaki.html

weii, apsal perli france dgn roti roti ni? ihahaha

6:40 pm  
Anonymous Anonymous said...

pasal perut dia lapar rok!

1:46 am  
Anonymous Anonymous said...

wah. a rational article in malay. let's have more! and show up how illogical akmal looks in comparison (for those who still can't tell-lah, including himself).

anyway, i have a theory about why chin peng's book is allowed in the market. film is the most accessible media of the masses in terms of money (rm10 only wat. and chin peng's book costs?) and mental effort required. (no need to plow through three chunky volumes of lord of the rings, just watch the movie!).

and anyway, malaysians only read 2 pages of a book a year (what's the bet it's not chin peng's book?). though i don't know the rate of movies watched, i'm willing to bet it's considerably more than our book-reading stats.

10:58 am  
Anonymous Anonymous said...

Siew Eng, You work in the Centre for Independent Journalism and you think all Malay journalists look/sound alike? Not only is this possibly racist, but I'd imagine it would seriously hamper your job abilities, considering there are more Malay papers than in any other language.

12:16 pm  
Anonymous Anonymous said...

i said an article in malay (not a malay journalist), which i find a rarity, having had to monitor malay newspapers full of seditious language in 2005 when i was working at cij (but not anymore. now i try to volunteer). as for racist, i'm probably as racist as the next non-malay who's had to accept being treated as a second-class citizen and labelled of pendatang origins all her life. wanna meet over coffee to talk more, anonymous? my treat.

9:47 pm  
Anonymous Anonymous said...

Coffee? Pay for my flight mah! Then I will pay for the coffee.

7:23 am  
Anonymous Anonymous said...

actually, i also hate the chinese for their voracious appetite for wildlife. and this is not a generalisation. look at the astro ads imploring people to refrain from eating animals to extinction -- they all feature chinese celebrities!

rafil of 360 degrees head rotation has a song about this: "it tastes like chicken". damn funny song.

11:29 am  

Post a Comment

<< Home